Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kait] | برکاءيت

Definisi : 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kait] | برکاءيت

Definisi : 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkait

Puisi
 

Penggal betik penggal puan,
     Penggal senduduk berkait-kait;
Tinggal encik tinggallah tuan,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panlun berkaitpanlun berkaitKesusasteraanPuisiPantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya
long branch attractionpenarikan cabang panjangBioinformatikBioinformatik MolekulKesilapan sistematik yang menyatakan keturunan yang berkait jauh adalah berkait rapat. Penarikan cabang panjang berlaku daripada pencapahan keseluruhan dalam sebahagian taksa.
chain rhymerima berkaitKesusasteraanPuisiPuisi yang berkait pola rimanya, contohnya dalam gurindam a a atau syair a a a a. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
chain rhymerima berangkaiKesusasteraanTiadaRima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi.
church-state relationshubungan agama-negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan saling berkait antara agama dengan urusan kenegaraan. Hubungan saling berkait ini mula berkembang di Eropah pada akhir abad ke-16 apabila agama atau gereja menjadi semakin mantap di kalangan masyarakat Eropah, khususnya di kebanyakan wilayah bekas takluk empayar Roman. Gereja melalui Pope, iaitu ketua agama Kristian mendakwa bahawa dia merupakan wakil tuhan di muka bumi. Beliau juga mengetahui semua perkara yang terbaik untuk masyarakat. Dengan itu, Pope mempunyai hak untuk turut terlibat dalam pemerintahan. Dalam hal ini, pihak gereja cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa agama dan negara merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan. Justeru, agama perlu diberi peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan negara. Pemikiran ini telah menimbulkan konflik di antara gereja dengan institusi negara yang bersifat monarki. Hal ini telah menimbulkan perdebatan antara mereka berhubung dengan bentuk hubungan agama negara yang sepatutnya dipraktikkan.
chain rhymerima berkaitKesusasteraanTiadaLihat rima berangkai.
chain verserangkap berkaitKesusasteraanPuisiHubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya.
drug related crimejenayah berkait dadahKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. Jenayah ini juga berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.
vehicle related killingpembunuhan berkait kenderaanKriminologiKeadilan JenayahJenayah pembunuhan yang dilakukan dengan menggunakan kenderaan. Contohnya, kes langgar lari yang menyebabkan kematian mangsa.
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.
12345

Kembali ke atas