Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanotoxicologynanotoksikologiFizikNanoteknologiBidang yang berkaitan dengan keupayaan manusia dan pendedahan persekitaran, bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan nanostruktur.
neriticneritikSains MarinTiadaBerkaitan dengan persekitaran lautan atau zon kedalaman di antara aras pasang surut rendah dan 100 fatom atau aras pasang surut rendah dan pinggir pentas benua. Neritik juga berkaitan dengan organisma yang hidup dalam persekitaran tersebut.
parental efficacyefikasi keibubapaanKriminologiKeadilan JenayahKeyakinan ibu bapa tentang keupayaan atau kebolehan mereka untuk menguruskan tugas berkaitan dengan keibubapaan. Keyakinan ini termasuklah berkaitan dengan keupayaan ibu bapa mempengaruhi anak mereka dan persekitaran yang memberi kesan ke atas kemenjadian dan kejayaan anak tersebut.
drug related crimejenayah berkait dadahKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. Jenayah ini juga berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.
cordon bleucordon bleuPentadbiran PerniagaanTiada1. Berkaitan dengan filet ayam, daging atau ikan yang dibalut dengan keju, bersadur serbuk roti dan digoreng. 2. Berkaitan dengan standard kemahiran memasak yang tinggi, lazimnya memasak masakan tradisional Perancis.
idiomidiomKesusasteraanTiadaCara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain.
safeguardskawal guna; kawal seliaSains NuklearKejuruteraan Reaktor1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan.
boldtebal-TiadaBerkaitan dengan aksara yang lebih gelap, ketara dan jelas kelihatan, berbanding aksara biasa.
benignbenignaHerbaPemiawaianBerkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan.
adenoidadenoidPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang menyerupai kelenjar.
12345678910...

Kembali ke atas