lens release latches with studs | selak pelepas kanta berkancing | Komunikasi | Tiada | Tiada |
shirt jacket | jaket kemeja | Kesenian | Tiada | Kemeja berkancing hadapan, dipakai lepas, bercirikan belahan di sisi, berkocek tutup dan ada kalanya dipakai terbuka di sebelah luar kemeja atau kemeja kait. Namanya diambil dari kombinasi kemeja dan jaket. |
paludamentum | paludamentum | Kesenian | Tiada | 1. Mantel ungu, berkancing di bahu, daripada fabrik bermutu, pakaian Maharaja Romawi dan pegawai tentera.,2. Pakaian yang sama, paras buku lali, pakaian Raja Rom Timur pada abad ke-5. |
hussar jacket | jaket husar | Kesenian | Tiada | Jaket pendek berkancing kepala lalat dan bertrim pita brid yang dipakai di atas weskot. Pakaian wanita pada tahun 1880-an. |
caban | kot kaban | Kesenian | Tiada | Kot sendat badan, berlengan, berkancing bahagian hadapan, berkeruk lengan besar dan bertali pinggang. |
Hungarian suit | sut Hungari | Kesenian | Tiada | Tunik dubel bres bertali pinggang dan berkancing sisi, berkolar lipat kecil, tutup kocek dan manset dihiasi pita brid. Dipadankan dengan seluar sama sendat paras lutut dan but joki. |
smock | baju lindung | Kesenian | Tiada | 1. Pakaian serba guna yang longgar, berlengan dan berkancing hadapan atau belakang, dipakai sebagai pakaian pelindung.,2. Pakaian dalam wanita yang dipakai pada abad ke-11 hingga akhir abad ke-18. |
smock frock | baju lindung | Kesenian | Tiada | 1. Pakaian serba guna yang longgar, berlengan dan berkancing hadapan atau belakang, dipakai sebagai pakaian pelindung.,2. Pakaian dalam wanita yang dipakai pada abad ke-11 hingga akhir abad ke-18. |
Zouave jacket (zoo-ahv) | jaket Zouave | Kesenian | Tiada | Jaket wanita paras pinggang jenis bolero, berkancing di leher, bahagian sisinya melengkung dan bertrimin di hadapan dan berlengan tiga suku panjang kembang ala pakaian tentera Algeria yang diilhamkan oleh Zouave semasa peperangan di Itali pada tahun 1859. Popular pada tahun 1859 hingga 1870-an dan kemudian dipopularkan semula pada tahun 1890-an. Pada tahun 1860-an jaket ini juga menjadi pakaian kanak-kanak. |
habit | tabiat; kebiasaan;habit | Kesenian | Tiada | 1. Habit: Pakaian wanita yang mempunyai garis puteri, bahagian hadapannya berkancing dari leher ke lutut dan bahagian kelepet hadapan skirt dipotong melengkung untuk menampakkan skirt dalam. Pakaian wanita Eropah akhir tahun 1870-an. |