woody kerogen | kerogen berkayu | Geologi | Tiada | Tiada |
woody plant | tumbuhan berkayu | Pertanian | Tiada | Tiada |
woody fibre | serabut/gentian berkayu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
caudex | kaudeks | Botani | Tiada | Batang berkayu yang berdiri tegap, tidak bercabang, berbentuk silinder dan terdapat tanda sisa-sisa tangkai daun. Di hujungnya pula terdapat rimbunan daun. Contohnya, batang pokok kelapa, paku gajah dan kelapa sawit. |
liana | liana | Biologi | Ekologi | Tumbuhan pemanjat dan berkayu di hutan tropika, yang mempunyai penebalan sekunder luar biasa, misalnya tapak kuda, Bauhinia sp. dan gambir, Uncaria sp. |
tree | pokok | Botani | Tiada | Tumbuhan saka yang berkayu, tinggi dan mempunyai batang besar yang tunggal dan bercabang-cabang di atasnya. Contohnya, pokok durian, rambutan dan tembusu. |
shrub | renek | Botani | Tiada | Tumbuhan saka yang berkayu dan rendah. Tumbuhan ini mempunyai beberapa cabang yang keluar dari pangkalnya yang berhampiran dengan tanah, tanpa batang utama. Contohnya, pokok senduduk dan pokok bunga raya. |
shrub | renek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis berkayu tanpa batang utama. Tumbuhan ini bersaiz kecil dan bercabang rendah. Contohnya, senduduk (Melastoma malabathricum), kapal terbang (Chromolaena odoratum) dan bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis). |
sclerophyllous vegetation | vegetasi sklerofilus | Biologi | Ekologi | Pokok yang berkayu keras, teguh dan umumnya berdaun kecil, yang merupakan ciri bagi tumbuhan yang hidup di tempat kering. Misalnya, vegetasi di kawasan pergunungan tropika, khususnya di antara 1500 � 2200 meter. |
herbaceous perennial | tumbuhan herba saka | Landskap | Tiada | Tumbuhan tidak berkayu yang kitaran hayatnya melebihi satu musim. Contohnya, tumbuhan daun pudina dan pokok nilam. |