Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cen.de.ru.ngan] | برکچندروڠن

Definisi : menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkecenderungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forcedayaKejuruteraanKejuruteraan BangunanSesuatu yang mengubah atau berkecenderungan untuk mengubah kedudukan rehat bagi sesuatu jasad atau mengubah kelurusan pergerakannya.
receiving stimulirangsangan penerimaanKomunikasiKorporatKeadaan dalam diri seseorang yang berkecenderungan menerima rangsangan daripada aktiviti yang berlaku di persekitarannya. Proses ini ialah proses mikro yang sangat penting dipupuk secara positif dalam diri ahli syarikat atau organisasi. Dalam bidang komunikasi korporat, proses pembentukan rangsangan penerimaan positif kerap dilakukan melalui latihan berterusan dan amalan pengurusan yang baik. Proses ini, termasuk proses pemantauan yang berlaku secara sedar dan terancang. Keadaan rangsangan positif yang wujud dalam diri seseorang ahli, termasuk petugas di bahagian komunikasi korporat, merupakan aset penting terutama apabila syarikat atau organisasi berhadapan dengan krisis.
shearricihKejuruteraanKejuruteraan BangunanDaya-daya selari yang sama pada arah yang bertentangan, yang berkecenderungan untuk mengubah atau menghasilkan gelinciran relatif.
Gestaltprinsip lengkapanPsikologiPsikologi UmumPrinsip yang menjelaskan tentang persepsi, ingatan atau pemikiran yang berkecenderungan untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap, yang kemudiannya dilihat sebagai cukup sempurna, baik dan berada dalam bentuk yang simetri. Contohnya, gambar yang dilakarkan tidak lengkap akan dipersepsikan lengkap oleh orang yang melihatnya. Prinsip lengkapan dikenali juga sebagai hukum penutupan.
chondroblastomakondroblastomaPerubatanTiadaTumor benigna, terdiri daripada sel yang berasal daripada kondroblas atau sel pelopor kondroblas yang berkecenderungan untuk membeza dan menjadi rawan, biasanya terjadi pada epifisis tulang seorang remaja.
chondroblastomakondroblastomaPerubatanTiadaTumor benigna, terdiri daripada sel yang berasal daripada kondroblas atau sel pelopor kondroblas yang berkecenderungan untuk membeza dan menjadi rawan, biasanya terjadi pada epifisis tulang seorang remaja.
chondroblastomakondroblastomaPerubatanTiadaTumor benigna yang terdiri daripada sel yang berasal daripada kondroblas atau sel pelopor kondroblas yang berkecenderungan untuk membeza dan menjadi sel rawan. Tumor ini terutamanya terdapat pada epifisis tulang seseorang pada peringkat remaja.
hand dominancekedominanan tanganPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk menggunakan tangan tertentu semasa menjalankan aktiviti biasa. Contohnya, individu kidal berkecenderungan tinggi untuk menggunakan tangan kiri dengan selesa dalam kebanyakan aktivitinya. Keselesaan atau kepantasan individu menggunakan tangan biasanya mencerminkan pengawalan motor yang lebih superior di hemisfera tertentu di kawasan otak mereka. Sekiranya individu itu kidal, maka sebahagian besar hemisfera kanannya diperuntukkan untuk mengawal gerakan tangan kiri. Begitu juga sebaliknya jika individu tersebut bukan kidal. Bagi sebahagian besar manusia, terdapat kira-kira 70 hingga 77 peratus yang bukan kidal, manakala yang lain adalah mereka yang kidal atau menggunakan kedua-dua belah tangan dengan selesa. Satu perkara yang menarik tentang fenomena ini ialah cara individu menulis. Contohnya, individu kidal menulis dengan cara mencangkuk sementara yang lain menulis secara lurus. Kebanyakan individu kidal biasanya dikaitkan dengan kebolehan dalam aktiviti seni seperti melukis, bermai
repressionpenekananPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan cara menekankan sebarang perkara yang tidak menyelesakan ke alam atau pemikiran yang tidak sedar. Ramai orang berkecenderungan untuk menekan keinginan yang boleh membuatkan mereka berasa bersalah, bimbang atau menyakitkan akibat sesuatu konflik atau memori masa lalu. Contohnya, individu yang takut dengan rawatan gigi akan melupakan temu janjinya dengan doktor gigi. Sinonim represi.
unstable equilibriumkeseimbangan tak stabilMekanikGunaanKeseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya maksimum. Sesaran kecil yang dikenakan pada jasad itu akan menyebabkan berkurangnya tenaga upaya jasad itu dan jasad itu berkecenderungan untuk terus menyesar semakin jauh dari kedudukan asalnya ke suatu kedudukan yang berpadanan dengan tenaga upaya yang lebih rendah. Keseimbangan tak stabil wujud jika dV/dx=0 dan d2V/dx2<0, dengan V sebagai tenaga upaya dan x sebagai sesaran. Lihat juga keseimbangan neutral, keseimbangan stabil.
12

Kembali ke atas