eaves | cucur atap | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun. |
eaves | cucur atap | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun, dan terletak di hujung atap, tempat air hujan jatuh. Biasanya, di bawah cucuran atap, dipasang papan berukiran yang dikenali sebagai papan cantik atau papan fasia. |
nobility | kebangsawanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi sekumpulan masyarakat khususnya dalam masyarakat feudal. Golongan ini berkedudukan hampir dengan raja atau pemerintah, mendapat penghormatan daripada orang ramai, memiliki kedudukan ekonomi yang baik dan berupaya mempengaruhi kuasa politik di wilayah yang diwakilinya atau tempat asal kedatangannya. Nilai budaya ini selalu dikaitkan dengan tingkah laku yang tertib dan teratur, kemewahan dan kecantikan, penuh dengan bintang dan gelaran, sensitif dengan protokol dan dihormati oleh orang ramai. Contohnya, golongan bangsawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka atau golongan bangsawan Inggeris yang dikaitkan dengan golongan Lord pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20. |
lotus | teratai | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul yang berdaun lebar, berbunga merah jambu dan buahnya berbentuk seperti kon aiskrim. Daun, bunga dan buahnya timbul dan berkedudukan lebih tinggi daripada permukaan air. Biji teratai ini dikeringkan dan dijadikan bahan dalam minuman laici kang. Teratai juga dikenali sebagai seroja. |
crossfire injection | suntikan nyala silang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem suntikan bahan api elektronik atau sistem suntikan jasad pendikit yang menggunakan dua penyuntik, yang dipasang pada pancarongga pengambilan untuk membekalkan campuran udara-bahan api melalui laluan yang berkedudukan bersilang. Setiap penyuntik membekalkan campuran tersebut ke silinder enjin yang bertentangan melalui satu saluran yang bersilang dengan kedudukan enjin. |
Vallisneria sp. | Vallisneria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan tenggelam yang juga dikenali sebagai Eelgrass atau Tape grass. Tumbuhan ini tidak berbatang dan akarnya berada di dalam dasar kawasan berair. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti helaian riben yang mempunyai rongga udara untuk membolehkannya berkedudukan tegak di dalam air. Jumlah daunnya juga boleh mencapai sehingga 5 – 6 helai. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang terkeluar daripada air. Vallisneria sp. mempunyai stolon yang juga merupakan tempat tumbuh anak pokoknya. Vallisneria sp. juga sering dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Terdapat beberapa jenis Vallisneria sp., iaitu Vallisneria americana, Vallisneria caulescens dan Vallisneria spiralis. |
the other | si lain | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya. |