poster boy | wajah poster | Umum | Tiada | Gambar atau wajah individu tertentu dalam sesuatu poster untuk tujuan berkempen sesuatu. |
consolidation (power) | pengukuhan (kuasa) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004. |
individual freedom | kebebasan individu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela. |
political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |
semi-democracy | separuh demokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan demokrasi yang tidak sepenuhnya memiliki ciri-ciri demokrasi tulen. Sistem ini mempunyai ciri-ciri asas demokrasi seperti pilihan raya, dewan perwakilan, penguatkuasaan undang-undang, parti politik, kumpulan pendesak dan media. Walau bagaimanapun, demokrasi ini tidak membenarkan kebebasan yang luas dan meletakkan pelbagai batasan atau kawalan yang bertujuan mengekalkan status quo. Pilihan raya yang dilaksanakan sering dikuasai oleh kerajaan dengan membataskan ruang berkempen untuk pembangkang. Media dikuasai oleh pemerintah sementara kumpulan pendesak tidak sepenuhnya bebas. Perjalanan demokrasi dalam sistem ini begitu kuat ditentukan oleh pemerintah atau institusi negara dan sekali gus menjadikan persaingannya separuh demokratik. Contohnya, Malaysia, Indonesia dan Singapura pada dekad 1960-an -1980-an dianggap sebagai semidemokrasi. Sinonim semidemokrasi. |