Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stock companysyarikat stokinsuransTiadaSyarikat insurans yang modalnya adalah hasil sumbangan daripada pemilik saham syarikat berkenaan. Pendapatan daripada syarikat ini diagihkan sebagai dividen kepada pemilik saham berkenaan.
diacriticdiakritikKesusasteraanTiadaTanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli�
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
episodicepisodikKesusasteraanTiadaBerkenaan dengan binaan naratif yang terdiri daripada beberapa peristiwa yang saling berkait dan tidak semestinya mengikut kronologi.
pansexualpanseksualSosiologiTiadaBerkenaan seseorang yang tertarik atau suka terhadap orang lain tidak kira jantina.
cisgendercisgenderSosiologiTiadaBerkenaan seseorang yang identiti jantinanya sama seperti maklumat jantina yang didaftarkan semasa lahir.
smart aleckpoyoUmumTiadaBerkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain.
post-apocalypticpascamalapetakaKesusasteraanTiadaBerkenaan dengan sesuatu kejadian selepas malapateka atau bencana.
phylogeographyfilogeografiBioinformatikBioinformatik MolekulKajian berkenaan susur galur keturunan, yang mengambil kira prinsip dan taburan geografi terhadap sesuatu kumpulan dalam sesuatu populasi yang mempunyai hubungan genetik yang rapat.
perceptionpersepsiKejururawatanTiadaProses menerima dan mentafsir maklumat berkenaan dunia dalam otak.
12345678910...

Kembali ke atas