Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.lan] | برکنلن

Definisi : bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.lan] | برکنلن

Definisi : bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Special Interest Group (SIG)kumpulan minat khususTeknologi MaklumatTiadaDalam konteks Internet, SIG merujuk kepada kumpulan yang mengendalikan perbincangan tentang sesuatu tajuk spesifik secara dalam talian. Ahli kumpulan membuat panggilan, membaca mesej yang dipos, menyumbang pendapat, menanya soalan dan berkenalan dengan menggunakan komputer. Kaedah ini merupakan cara mudah untuk mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai sesuatu subjek, teknologi, atau standard.

Kembali ke atas