Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ra.ja.an] | برکراجاءن

Definisi : mempunyai kerajaan, ada kera­jaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.ra.ja.an] | برکراجاءن

Definisi : ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autonomyautonomiSains PolitikPolitik PerbandinganStatus berkerajaan sendiri yang wujud di sesebuah wilayah atau masyarakat tanpa penguasaan kerajaan pusat. Konsep ini menjelaskan bahawa sesebuah negeri atau wilayah dalam sesebuah negara mempunyai hak persendirian untuk menguruskan hal-ehwal pentadbirannya. Wilayah ini mengurus sendiri bidang yang dikuasai seperti perundangan, pertanian, sumber alam, kerajaan tempatan dan sebagainya dengan peraturannya sendiri. Autonomi sesebuah wilayah disahkan melalui perlembagaan atau perjanjian dengan kerajaan pusat dan perjanjian ini perlu dihormati. Contohnya, Malaysia sebagai sebuah negara yang terbentuk daripada gabungan beberapa buah negeri yang memperuntukkan setiap negeri mempunyai autonominya sendiri dalam bidang tertentu.
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke.
self-governmentkerajaan sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk dan dikuasai oleh penduduk tempatan tanpa campur tangan pihak asing. Kerajaan ini dapat dibentuk apabila sebuah negara itu bebas daripada penjajahan atau penguasaan pihak lain. Dalam pembentukan kerajaan ini, penduduk di sesebuah negara perlu menguruskan proses pemilihan wakil rakyat dan kemudian menentukan agenda pembangunan negara sendiri. Status berkerajaan sendiri bagaimanapun tidak menghalang negara ini berhubung dan bekerjasama dengan negara lain atau badan antarabangsa. Contohnya, Timor Leste sudah membentuk kerajaan sendiri setelah mendapat kemerdekaan dari Indonesia pada 2001.

Kembali ke atas