Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.rat] | برکرت

Definisi : telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.rat] | برکرت

Definisi : sudah atau telah dikerat: Daun-daun pandan yg ~ itu pun dilayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkerat

Peribahasa

Sumbang mata memandang itik bertaji,
     ayam berkerat susuh.

Bermaksud :

Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kit'ahkit'ahKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua.

Kembali ke atas