Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective dosedos berkesanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJumlah dos sinaran yang diterima oleh keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesihatan kepada individu. Jumlah dos berkesan yang diterima oleh individu dikira dengan mengira purata dos setara untuk tisu badan yang berbeza dengan mendarabkan faktor pemberat W bagi menggambarkan kesan yang berbeza-beza ke atas tisu yang berlainan. Formula bagi dos berkesan diberi sebagai E = WH, E = Dos berkesan W = Faktor pemberat H = Dos setara
effective mass yieldhasil jisim berkesanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeratusan nisbah jisim produk terhadap jumlah jisim bahan berbahaya yang terdapat dalam semua reaktan. Hasil jisim berkesan yang tinggi menggambarkan proses penghasilan produk tersebut lebih mesra alam. Hasil jisim berkesan boleh dijadikan sebagai salah satu sistem pengukuran piawai hijau.
effective resistancerintangan berkesanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJumlah rintangan hasil gabungan lain yang disambung secara bersiri atau selari.
effective powerkuasa berkesanSains KesihatanTiadaKuasa kanta yang diukur pada satah selain daripada satah utama.
effective demandpermintaan berkesanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPermintaan sebenar yang diukur melalui kemampuan kewangan.
effective improvementpembaikan berkesan/ efektifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
affirmative actiontindakan berkesanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
affirmative actiontindakan berkesanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
indicated mean pressuretekanan berkesan purata tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinPurata tekanan yang dijana dalam setiap silinder enjin dalam semua lejang, iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang pembakaran dan lejang ekzos. Tekanan ini boleh diukur le- dengan mengira luas graf tekanan-sesaran enjin. Data tekanan boleh dicerap melalui penderia tekanan yang dipasang pada salah sebuah silinder enjin yang telah dikenal pasti dan dipaparkan melalui peralatan visual seperti osiloskop. Sesaran enjin dalam unit isi padu diperoleh dengan mengukur sudut engkol. Singkatan IMEP.
ineffective copingkendalian tak berkesanKejururawatanTiadaKegagalan individu mengatasi masalah akibat trauma fizikal, seperti kemalangan jalan raya atau masalah psikologi yang khusus, seperti didera.
12345678

Kembali ke atas