anti-satellite weapon (ASAT)) | senjata antisatelit | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Senjata yang berkeupayaan untuk menyalurkan maklumat mengenai sistem dunia. Sebahagian daripada fungsinya adalah untuk strategi ketenteraan. Pemimpin negara yang mempunyai keupayaan membangunkan teknologi yang canggih ini berkeupayaan untuk memantau pihak musuh. Daripada segi sejarah, Kesatuan Soviet (USSR) dan Amerika Syarikat telah membangunkan teknologi ASAT sejak tahun 1960-an. USSR membangunkan persenjataan ini pada tahun 1968, manakala Amerika Syarikat pula membangunkan teknologi ASAT melalui program Inisiatif Pertahanan Strategik (SDI) yang berjaya menghasilkan roket pemintas. Persenjataan kedua-dua negara ini ialah jenis bukan nuklear. |
macaroni rig | rig makaroni | Kejuruteraan | Petroleum | Rig ulang kerja yang biasanya berkeupayaan kecil yang dibina khas untuk mengendalikan operasi memasukkan atau mengangkat tetiub atau paip yang mempunyai garis pusat kecil (lebih kecil atau sama dengan satu inci) ke dalam atau ke luar lubang telaga. Kos penggunaan rig ini relatif lebih murah jika dibandingkan dengan kos penggunaan rig-rig yang berkeupayaan lebih tinggi. |
conscious | sedar | Perubatan | Tiada | Berkeupayaan bertindak balas dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan munasabah. |
photovoltaic | fotovolta | Kejuruteraan | Tiada | Berkeupayaan menjana voltan apabila terdedah kepada sinaran cahaya. |
autooxidisable | terautooksidakan | Kimia | Tiada | Berkeupayaan untuk diautooksidakan. |
phagocyte | fagosit | Perubatan | Tiada | Sel yang berkeupayaan menginges dan memusnahkan zarah-zarah asing. |
adhesive | pelekat | Kimia | Tiada | Bahan yang berkeupayaan mengikat bahan lain secara pelekatan permukaan. Misalnya, simen fosfat, gam, dan glu. |
surge | luruan | Teknik | Elektrik | 1. Gelombang berkeupayaan tinggi dalam talian penghantaran atau sebarang sistem lain yang naik mendadak disebabkan lejang kilat atau cas yang teraruh oleh kilat atau penukaran mengejut beza upaya yang disebabkan oleh litar pintas atau semasa mematikan/menghidupkan suis berbeban besar. 2. Keadaan voltan yang turun-naik silih berganti disebabkan keadaan tertentu, seperti semasa membuka dan menutup suis dan semasa keadaan cuaca kilat. 3. Nilai arus atau voltan dalam litar aruhan yang melebihi nilai biasa. |
disinfectant | penyahjangkit/ disinfektan) | Perubatan | Tiada | Bahan yang berkeupayaan membinasakan ataupun membasmi bakteria dan mikroorganisma lain. |
amphoteric | amfoterik | Kimia | Tiada | Perihal sebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes. |