electric spark | bunga api elektrik | Kimia | Kimia Analisis | Discas elektrik berkilau yang terbentuk di antara dua elektrod apabila beza keupayaannya tinggi misalnya, 10 000 – 30 000 volt dikenakan ke atas kedua-dua elektrod itu. Tenaga yang terhasil di sini lebih besar daripada yang terhasil oleh arka elektrik. Digunakan sebagai salah satu sumber pengujaan dalam spektrografi pancaran. bd. arka elektrik. |
electric arc | arka elektrik | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis discas elektrik berkilau di antara dua elektrod yang dihasilkan apabila arus elektrik voltan tinggi dilalukan melalui elektrod-elektrod itu. Ia merupakan salah satu sumber pengujaan dalam teknik spektrografi pancaran. bd. bunga api elektrik. |
micromercury | calar kilau | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kecacatan berupa calar halus yang berkilau pada panel logam yang terjadi semasa proses pembentukan. |
leprosy | kusta | Herba | Fitoterapi | Penyakit berjangkit kronik yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium lepra Kusta dicirikan oleh tompokan granuloma, bersisik dan berkilau pada kulit serta menyebabkan kecacatan pada bahagian tersebut. |
zinc sulfide | zink sulfida | Fizik | Keadaan Pepejal | Sebatian kimia, dengan rumus kimia ZnS, terdapat dalam bentuk serbuk putih yang digunakan pada layar televisyen, permukaan berkilau pada jam dan sebagai pigmen dalam industri pembuatan kertas. Sebatian ini wujud secara semula jadi sebagai sfalerit dan wurtzit. |
patina | patina | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik. |