aventurine glaze | licau aventurin | Kejuruteraan | Tiada | Licau berkilauan yang menyerupai mineral aventurin. |
sequin | labuci | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Benda atau kepingan kecil yang berkilat dan berkilauan yang dijahit pada pakaian sebagai perhiasan. |
antelion | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan, yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. |
countersun | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. Sinonim: antelion. |
iridocyte | iridosit | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Sel pembalik cahaya yang mengandungi guanina dan menyebabkan sel di intergumen ikan dan sefalopod tertentu berkilauan. 2. Kromatofor berpigmen kuning yang membentuk tisu pemancar pada kulit ikan dan reptilia. iridofor. |
Wolf-Rayet stars (WR stars/W stars) | bintang Wolf-Rayet (bintang WR/bintang W) | Matematik | Tiada | Kumpulan kecil bintang yang sangat panas dan sangat berkilauan, bersuhu setinggi hingga 50 000 kelvin dan mempunyai garis pancaran yang lebar dan kuat yang terdiri daripada helium, karbon, oksigen dan nitrogen terion, tetapi sedikit benar garis serapan. |
bronzing | menggangsa | Perpustakaan | Tiada | Menabur serbuk logam halus pada helaian atau kepingan yang baru dicetak dengan dakwat, varnis, atau perekat untuk menghasilkan kesan yang berkilat dan berkilauan. |
psoriasis | psoriasis | Perubatan | Tiada | Inflamasi kronik pada kulit yang biasanya terdapat pada siku, lutut dan kulit kepala. Inflamasi ini kelihatan seperti makul, papul atau plak merah, yang ditutupi oleh sisik yang berkilauan atau keputih-putihan. |
indium | indium | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan IIIA (atau 13) jadual berkala, simbol In, nombor atom 49, berat atom 114.82, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 156oC, takat didih 2075oC, wujud dalam bentuk logam putih berkilauan, mulur, beracun, dan terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu In-115 dan In-113. Logam ini larut di dalam alkali. Indium diekstrak daripada bijih zink dan digunakan di dalam alat pengesan sinaran, aloi, peranti elektronik dan sebagai semikonduktor. |
zinc | zink | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Zn, nombor atom 30, berat atom 65.39, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 419°C, takat didih 907°C, berbentuk pepejal putih berkilauan, tertempakan, sangat elektropositif, larut di dalam asid dan alkali tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat lima isotop yang stabil. sumber semula jadi zink ialah bijih zink spar, zink blend dan zinsit. Zink diekstrak daripada bijihnya secara penyulingan. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi dan elektrod sel kering. |