eton jacket bodice | rompi jaket eton | Kesenian | Tiada | Jaket sama sendat berkolar rever lebar dan berkocek tutup, dipakai dengan rompi beragam dubel bres, berkolar rever dan berkravat lebar. Pakaian wanita pada tahun 1889 di Eropah. |
redingote | redingot | Kesenian | Tiada | 1. Kot luar labuh berkolar lebar. Pakaian lelaki semasa menunggang kuda pada tahun 1725 di Perancis.,2. Kot berwarna biru stail tentera yang menggunakan butang mata lalat, berkocek serong dan berkolar fur. Pakaian lelaki dalam tahun 1830.,3. Kot yang diubah suai dari kot lelaki diperbuat daripada fabrik nipis. Pakaian wanita pada tahun 1790-an. Kini istilah ini merujuk pada kot yang dipadankan dengan gaun. |
polomaise | polomais | Kesenian | Tiada | 1. Kot luar labuh berkolar lebar. Pakaian lelaki semasa menunggang kuda pada tahun 1725 di Perancis.,2. Kot berwarna biru stail tentera yang menggunakan butang mata lalat, berkocek serong dan berkolar fur. Pakaian lelaki dalam tahun 1830.,3. Kot yang diubah suai dari kot lelaki diperbuat daripada fabrik nipis. Pakaian wanita pada tahun 1790-an. Kini istilah ini merujuk pada kot yang dipadankan dengan gaun. |
Prince Albert coat | kot Putera Albert | Kesenian | Tiada | 1. Kot prok bres dubel berkolar lapel daripada fabrik baldu. Dipakai untuk menghadiri upacara rasmi pada akhir abad ke-18 hingga tahun 1920.,2. Kot sama sendat berbres dubel, paras lutut, berlapel dan berkolar lipat. Terdapat dua lisu di tengah belakang yang ditetapkan dengan butang. |
tuxedo jacket | jaket tuksedo | Kesenian | Tiada | 1. Jaket lelaki separa rasmi malam, berkolar sebai, berbutang tunggaldaripada fabrik satin atau fabrik fail. Pada asalnya diperbuat daripada fabrik hitam untuk musim sejuk dan fabrik putih untuk musim panas.,2. Penggunaan fabrik telah diubah suai dengan menggunakan fabrik poleng atau plaid dalam pelbagai warna, dan adakalanya berkolar noc. Pakaian ini diperkenalkan oleh Gris Wold P. Lorillard.,3. Pakaian semasa mengunjungi Tuxedo Park Century Club dan Tuxedo New York pada tahun 1884. |
sailor dress | gaun kelasi | Kesenian | Tiada | Gaun berkolar kelasi stail nautika bertrimkan jalur pita brid. Pakaian kanak-kanak pada tahun 1890-an hingga 1930-an. Pakaian wanita pada tahun 1890-an. |
Zouave shirt | kemeja Zouave | Kesenian | Tiada | Kemeja berkolar pita kupit yang beropol kecil, berbutang belakang dan berlengan panjang gelembung. Bahagian hadapan kemeja itu dihias dengan pesak yang adakalanya dibuat daripada fabrik nipis berkedut yang dilintangi dengan pita renda, dan ditrim dengan renda pada bahagian manset dan leher. Pakaian wanita pada tahun 1860-an bersama-sama jaket Zouave. |
middy dress | gaun kelasi | Kesenian | Tiada | Gaun berkolar kelasi stail nautika bertrimkan jalur pita brid. Pakaian kanak-kanak pada tahun 1890-an hingga 1930-an. Pakaian wanita pada tahun 1890-an. |
chemisette | kemeja kemiset | Kesenian | Tiada | 1. Kemeja linen berkolar kapuk, beropol bahagian hadapan dan hujung lengan dan dipakai bersama-sama dengan rompi. Pakaian wanita semasa menunggang kuda pada akhir abad ke-18 dan ke-19.,2. Kemeja yang dipakai bersama-sama dengan pakaian berleher jeluk. Popular pada abad ke-19. |
polo coat | kot polo | Kesenian | Tiada | Kot luar berkolar noc tanpa butang dan bertali pinggang, diperbuat daripada benang sayat unta. |