Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kom.pu.ter] | برکومڤوتر

Definisi : yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkomputer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computerized patient record (CPR)rekod pesakit berkomputer (CPR)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem pangkalan data yang komprehensif untuk menyimpan dan mencapai maklumat status dan rawatan kesihatan pesakit. Sistem ini menggantikan rekod kesihatan yang menggunakan kertas sebagai sumber utama maklumat bagi semua rawatan kesihatan klinikal, perundangan dan keperluan pentadbiran. CPR ini disokong oleh sistem yang berupaya memperoleh, menyimpan, memproses dan memaparkan maklumat dari pelbagai lokasi yang diperlukan.
cone beam computered tomography (CT)tomografi berkomputer alur kon (CT)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik menghasilkan bayangan struktur di dalam objek pada kedalaman tertentu menggunakan sinar-X bergeometri alur kon.
computerized physician order entry (CPOE)kemasukan arahan pakar perubatan berkomputer (CPOE)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang membenarkan pemasukan arahan perubatan oleh pakar perubatan secara elektronik. Sistem ini digunakan seiring dengan sistem e-preskripsi yang akan menyampaikan maklumat kepada pakar perubatan mengenai alahan ubatan pesakit tertentu dan perubatan terkini. Kebanyakan produk rekod kesihatan elektronik (EHR) dilengkapi dengan modul CPOE ini yang membolehkan pakar perubatan mencapai data pesakit dan memberikan ulasan dalam menu yang disediakan.
user interface designreka bentuk antara muka pengguna-TiadaReka bentuk dalam perisian atau peranti berkomputer yang berfokuskan rupa atau gaya antara muka pengguna.
spermatozoa cencentrationkepekatan spermatozoaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu ciri semen yang dinilai selepas dikumpulkan. Kepekatan spermatozoa diukur dengan menggunakan hemositometer atau penganalisis semen berkomputer. Kepekatan spermatozoa berbeza-beza mengikut spesies haiwan.
spermatozoa motilitykemotilan spermatozoaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan yang merujuk kepada pergerakan spermatozoa. Kemotilan spermatozoa boleh dilihat jelas dan dinilai di bawah mikroskop. Selain menggunakan mikroskop, kemotilan spermatozoa ini juga boleh dinilai menggunakan alat penganalisis semen berkomputer. Hasil daripada penilaian ini, peratus kemotilan spermatozoa dapat ditentukan. Lazimnya peratus kemotilan spermatozoa yang baik ialah > 70%.
C-scanimbas-CTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz ketakselanjaran dari bahan uji. Dalam imbas-C, satah imej adalah selari dengan corak imbasan prob. Pembentangan imbas-C dihasilkan melalui sistem pemerolehan data automatik menerusi sistem imbasan kawalan berkomputer. Get pengumpulan data dihasilkan melalui pemilihan isyarat pada imbas-A, dan amplitud atau masa perjalanan gelombang bunyi direkodkan pada selang masa tertentu ketika prob diimbas pada permukaan bahan uji.
digital imaging and communications in medicine (DICOM)pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM)Teknologi Maklumate-KesihatanProtokol rangkaian lapisan aplikasi untuk penghantaran imej perubatan, bentuk gelombang dan maklumat yang berkaitan. DICOM pada asalnya dibangunkan oleh National Electrical Manufacturers Association dan American College of Radiology untuk mengimbas tomografi paksi berkomputer (CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) imej. DICOM dikawal selia oleh Jawatankuasa Standard dan menyokong pelbagai imej perubatan merentasi bidang radiologi, kardiologi, patologi dan pergigian. DICOM juga menggunakan protokol kawalan penghantaran atau protokol Internet sebagai protokol lapisan pengangkutan lebih rendah.

Kembali ke atas