functional communication | komukinasi fungsian | Sains Kesihatan | Tiada | Penggunaan perkataan sehari-hari semasa berkomunikasi dengan individu yang mengalami masalah pertuturan. |
touch point | titik sentuh | Perniagaan | Tiada | Satu kaedah atau sistem interaksi untuk para pelanggan berkomunikasi dengan sesebuah organisasi dengan menggunakan perisian digital. |
security service | perkhidmatan keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perkhidmatan yang dibekalkan oleh lapisan sistem terbuka yang berkomunikasi untuk memastikan kecukupan mekanisme keselamatan semasa pemindahan data. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |
functional interoperability | saling kendali fungsian | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Keupayaan sistem teknologi maklumat, produk dan aplikasi perisian yang berbeza untuk berkomunikasi, bertukar data dan menggunakan data yang telah ditukar ganti. Skema dan piawaian pertukaran data tersebut membenarkan data dikongsi dalam kalangan pakar perubatan, makmal, hospital, farmasi dan pesakit pada masa kini atau masa hadapan tanpa sebarang sekatan. |
digital connectivity | keterhubungan digital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keupayaan jaringan digital sebagai medium capaian Internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti Jaringan Sejagat (WWW), e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik. |
computer-based collaborative learning | pembelajaran kolaboratif berasaskan komputer | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran sekumpulan pelajar dan/atau pengajar dalam menyelesaikan masalah, menyiapkan tugasan atau berkolaborasi bersama-sama, dengan menggunakan komputer untuk berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen atau paparan komputer dan lain-lain. |
mutual authentication | saling pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya. |
cardioMEMS | cardioMEMS | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk memantau jantung seperti tekanan darah dan kadar denyutan yang terdiri daripada dua bahagian. Pertama, sensor berasaskan teknologi mikroelektromekanik (MEMS) yang diimplan pada jantung. Kedua, sistem elektronik luar. Kedua-dua bahagian ini berkomunikasi tanpa wayar. |
collaborative intelligence tools | alat kecerdasan kolaboratif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola. |