good office | jasa baik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Ikhtiar yang diberikan oleh pihak ketiga bagi memulihkan atau meredakan ketegangan dalam hubungan antara pihak yang berkonflik. Jasa baik ini biasanya diberikan oleh pihak ketiga kepada pihak yang berkonflik seperti menghantar perunding atau menyediakan tempat bagi membawa kesemua pihak yang berkonflik untuk bersemuka. Contohnya, Malaysia telah menawarkan jasa baiknya untuk mempertemukan pihak pejuang Pembebasan Islam Moro di Filipina dengan kerajaan Filipina. |
buffer state | negara penampan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Negara yang terletak antara dua pihak yang berkonflik. Negara ini berkedudukan sebagai penampan yang boleh meredakan atau mengelakkan bahaya peperangan terbuka antara dua negara yang berkonflik tersebut. Negara penampan merupakan sebahagian daripada konsep teori imbangan kuasa yang digunakan oleh pakar kajian strategik dan diplomasi Eropah pada abad ke-17. Contohnya, Mongolia merupakan penampan antara negara China dengan Rusia. Sinonim negara penyangga. |
unconflicted adherence | pegangan tak berkonflik | Psikologi | Tiada | Tiada |
win-lose conflict situation | situasi konflik menang kalah | Pentadbiran | Tiada | Keadaan dalam model konflik kontingensi yang mempunyai lebih banyak matlamat berkonflik daripada matlamat bersama. |
arbitrate | menimbang tara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan konflik antara negara yang bertelagah dalam sesuatu isu. Terdapat dua ciri utama menimbang tara, iaitu pertama sebagai proses mencari penyelesaian yang memerlukan kedua-dua pihak yang berkonflik secara sukarela memberikan hak kepada pihak ketiga sebagai pengadil. Kedua, biasanya pihak pengadilan bebas dan tidak terikat dengan sesuatu set peraturan yang khusus. Sejarah kaedah tersebut bermula di Hague hasil persidangan perdamaian antarabangsa yang diadakan pada tahun 1899. Mahkamah menimbang tara ini kekal di Hague sehingga kini. Terdapat banyak kes konflik yang berjaya diselesaikan. Walaupun tidak terdapat badan penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuat melalui mekanisme pengadilan ini, kebanyakan keputusan dipatuhi oleh pihak yang bertelagah. Contohnya, keputusan pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang memberi hak milik kepada Malaysia telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak. |
neo-Freudian theory | teori neo-Freudian | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang dipelopori oleh pengikut setia Freud yang mengekalkan sebahagian daripada teori Freud dan mengubahsuaikan sebahagian yang lain. Salah seorang pengikut Freud, iaitu Horney menyatakan bahawa kanak-kanak yang berkonflik dengan ibu bapa mereka bukan disebabkan oleh dorongan seksual tetapi kerana sikap ibu bapa yang suka menghalang kehendak mereka. Teori neo-Freud mengekalkan konsep represi yang boleh menimbulkan kebimbangan di samping menekankan pengaruh budaya dan sosial. |
Arab-Israeli conflict | konflik Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti |
neutral state | negara berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang bersetuju untuk tidak menyertai peperangan antara dua atau lebih negara lain. Negara berkecuali mempunyai kewajipan untuk menahan diri daripada memberi bantuan ketenteraan kepada pihak yang berperang, menghalang wilayahnya daripada digunakan bagi tujuan peperangan, atau menjadi tidak berpihak kepada manamana negara yang berperang. Perkecualian adalah satu kewajipan untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mempertingkatkan kepentingan salah satu pihak yang berkonflik atau membahayakan kepentingan pihak yang lagi satu. Status berkecuali ini diiktiraf oleh pihak-pihak yang berperang. Sinonim kuasa berkecuali. |