Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Regional Health Information Organization (RHIO)Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO)Teknologi Maklumate-KesihatanKumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau.
collaborative intelligence toolsalat kecerdasan kolaboratifTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola.
shared accommodationakomodasi berkongsiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
shared appreciation mortgagegadai janji peningkatan berkongsiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
proportional reinsurancereinsurans berkadarinsuransTiadaReinsurans yang berkongsi premium dan tuntutan mengikut kadar yang ditetapkan di antara insurer dan insured.
participating reinsurancereinsurans sertaaninsuransTiadaReinsurans yang reinsurernya berkongsi kerugian dan premium mengikut kadar pro rata daripada syarikat mengesid. Reinsurans ini juga termasuk Reinsurans Perkongsian Berkouta dan Reinsurans Surplus.
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
sharentingamalan menunjuk-nunjuk anakSosiologi KeluargaTiadaAmalan ibu bapa berkongsi kandungan sensitif atau privasi anak mereka di platform media sosial.
analytical platformplatform analitikalKesihatan AwamTiadaMedium yang membolehkan penyelidik saling berkongsi data-data kajian analitikal yang dapat membantu menangani sesuatu penyakit.
accountcerita spontanSains KesihatanTiadaNaratif spontan yang membolehkan kanak-kanak berkongsi pengalamannya dengan orang lain.
12345

Kembali ke atas