Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuku

Peribahasa

Diberi berkuku hendak mencengkam.

Bermaksud :

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
claw and ball footkaki perabot berkukuKesenianTiadaUkiran kaki burung atau binatang yang memegang bola yang terdapat pada kaki perabot atau kerusi. Kaki perabot berkuku ini terkenal pada abad ke-18.
claw and ball footkaki perabot berkukuSeni BinaTiadaUkiran kaki burung atau binatang yang memegang bola yang terdapat pada kaki perabot atau kerusi. Kaki perabot berkuku ini terkenal pada abad ke-18.

Kembali ke atas