diminishing marginal productivity | daya pengeluaran sut berkurangan | Ekonomi | Tiada | Daya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan. |
law of diminishing returns | hukum pulangan berkurangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Hukum yang menyatakan apabila satu faktor ditambah berterusan sedangkan faktor-faktor lain tidak diubah, maka akan tiba pada satu tahap apabila tambahan keluaran akan berkurangan. |
Giffen goods | barang Giffen | Ekonomi | Tiada | Barang yang permintaannya berkurangan apabila harga turun. Ini kerana apabila harga turun, pendapat benar pengguna akan meningkat dan sebaliknya. Ini menyebabkan pengguna itu membeli barang lain dan mengurangkan pembelian barang Giffen. Misalnya, beras hancur. |
osteoporosis | osteoporosis | Sains Sukan | Biomekanik | Penyakit berkaitan tulang, yang menyebabkan jisim tulang berkurangan dan menjadi rapuh dan patah. |
decreasing term insurance | insurans sementara menyusut | insurans | Tiada | Insurans sementara yang faedah kematiannya berkurangan secara berperingkat, bermula daripada tarikh berkuat kuasa polisi sehingga ke tarikh penamatan polisi. |
reducing premium | premium mengurang | insurans | Tiada | Premium insurans hayat dibayar pada kadar yang berkurangan selepas jangka masa tertentu. Contoh: bonus di bawah polisi dengan keuntungan digunakan untuk mengurangkan secara berterusan premium boleh bayar tanpa menambah jumlah diinsuranskan. |
carbon pile | cerucuk karbon | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Barang karbon yang dimasukkan ke dalam tiub penebat yang akan berkurangan rintangannya apabila dimampatkan. |
thermistor | termistor | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen litar rintangan yang mempunyai pemboleh ubah rintangan suhu negatif yang meningkat jika suhu rintangan berkurangan. |
compensation depth | kedalaman pampasan | Sains Marin | Tiada | Kedalaman di lautan yang berlaku dalam turus air lautan yang kadar penghasilan unsur kalsitnya (contohnya, kalsium karbonat) berkurangan berbanding dengan kadar kelarutan yang berlaku (contohnya, tiada kalsium karbonat yang mendak di dasar laut). |
surrender charge | caj serahan | insurans | Tiada | Perbezaan di antara rizab polisi dengan amaun nilai serahan tunai yang disimpan oleh insurer pada awal tempoh polisi untuk membantu membayar surplus yang berkurangan. |