allopolyploidy | alopoliploidi | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu keadaan organisma yang mempunyai dua atau lebih set kromosom yang diperoleh daripada spesies berlainan. Penghibridan gamet daripada dua spesies yang berlainan akan menghasilkan anak yang mempunyai gandaan set kromosom. |
crosslinked polymer | polimer berangkai silang | Fizik | Nanoteknologi | Bahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan. |
self-encrypting virus | virus swasulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru. |
Seebeck effect | kesan Seebeck | Fizik | Nanoteknologi | Satu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck. |
variant | varian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenis virus berlainan yang dibangunkan berasaskan kod atur cara, fungsi, atau kemudahan yang dibawa oleh virus asal. Virus asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya. |
homophone | homofon | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan yang sama pertuturannya namun berlainan ejaan, dan ertinya pun berbeza. Contohnya, perkataan sangsi dengan sanksi. Kedua-duanya apabila dilafazkan berbunyi sangsi, namun bila dilihat dari segi erti sanksi bermakna ancaman hukum sedangkan sangsi adalah ragu-ragu. |
valve | injap | Kesenian | Tiada | Mekanisme untuk menetukan pic yang berlainan pada alat tiup contohnya trompet, tuba atau French horn. |
absorption | penyerapan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengumpulan bahan yang berlainan dalam bentuk lapisan sangat nipis di atas permukaan. |
indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi �Syair Perahu� oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah �kumbang� untuk lelaki dan �bunga� untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan �perahu waktu� merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu �serpihan sabar� dan �selumbar harapan� ditemui dalam sajak bertajuk �Bubu� oleh Mohd Amran Daud: �... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia�. Lihat juga simile. |