Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acquired characteristicciri perolehanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang tidak berlaku ketika lahir, tetapi berlaku semasa hayat haiwan. Ciri perolehan boleh berlaku disebabkan oleh genetik ataupun bukan genetik. Contohnya, pekak perolehan sebagai manifestasi suatu bentuk penundaan pada pekak yang disebabkan oleh kecacatan genetik atau kerosakan pada telinga akibat bunyi yang terlalu kuat.
thermal stresstegasan termaNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTegasan yang berlaku pada bahan apabila berlaku perubahan suhu. Tegasan ini boleh menghasilkan keretakan atau kecacatan bahan.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.
burlpepusarKesenianHiasan DalamanKecacatan bentuk kayu yang berlaku pada pokok semasa proses pertumbuhan. Bentuk kecacatan yang biasa berlaku ialah benjolan pada batang atau dahan pokok yang dipenuhi oleh mata-mata kayu. Pepusar boleh berlaku disebabkan keadaan persekitaran atau akibat tindakan manusia.
crime pattern theoryteori pola jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bagaimana jenayah berlaku di sesuatu kawasan, iaitu kejadian jenayah bukanlah sesuatu yang berlaku secara rambang tetapi mungkin secara terancang atau wujudnya peluang. Jenayah akan berlaku apabila ruang aktiviti mangsa bertindih dengan ruang aktiviti pesalah. Contohnya, kedua-dua pelaku dan mangsa berada di tempat kerja yang sama.
tunnelingpenerowonganFizikNanoteknologiFenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal.
scavengingpembilasanKejuruteraan AutomotifEnjinProses penyingkiran sisa gas ekzos oleh udara bersih atau campuran udara-bahan api yang berlaku dalam enjin dua lejang. Proses ini berlaku pada kedudukan omboh di takat terakhir atas. Ketika ini, pertindihan berlaku iaitu kedua-dua liang pengambilan dan ekzos terbuka.
constant volume combustionpembakaran isi padu malarKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang berlaku pada isi padu malar. Proses ini berlaku dalam enjin petrol dan diesel ketika omboh berada di kedudukan takat terakhir atas. Pada ketika ini omboh berada dalam fasa pertukaran antara lejang mampatan dengan lejang kuasa dan isi padu kebuk pembakaran adalah malar ketika proses pembakaran berlaku.
internal wavegelombang dalamanSains MarinTiadaGelombang yang terbentuk di perbatasan antara dua lapisan air yang berbeza ketumpatannya. Gelombang ini berlaku di bawah permukaan laut dan tidak berlaku di permukaan laut. Berbeza dengan gelombang permukaan yang disebabkan oleh angin, gelombang dalaman berlaku disebabkan oleh penurunan ketumpatan air secara berterusan yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air.
substance facilitated raperogol dipermudah bahanKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan bahan yang menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. Contohnya, penggunaan dadah, alkohol atau bahan kimia seperti klorofom.
12345678910...

Kembali ke atas