social stratum | lapisan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan. |
anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
graphite | grafit | Fizik | Nanoteknologi | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
bamboo plywood | papan lapis buluh | Buluh | Tiada | Papan yang dihasilkan menggunakan gabungan lamina buluh yang direkatkan serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Biasanya papan lapis buluh mempunyai jumlah lapisan lamina yang ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh. Sinonim papan lapis bilah buluh dan lapis buluh. |
bamboo mat board | papan hamparan buluh | Buluh | Tiada | Papan yang dihasilkan daripada anyaman bilahan buluh yang disapu perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Sinonim papan lapis hamparan buluh, papan lapis hamparan anyaman buluh. |
bamboo zephyr board | papan zefir buluh | Buluh | Tiada | Papan yang dihasilkan daripada helaian gentian buluh yang berstruktur seperti jaring, yang direkatkan dan disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan tinggi. |
palimpsest | palimpses | Kesusasteraan | Tiada | Sekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna. |
cross laminated bamboo board | papan buluh berlamina silang | Buluh | Tiada | Papan yang dihasilkan daripada gabungan lapisan lamina buluh yang disusun secara bersilang, dan disapukan perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan. Biasanya, papan buluh berlamina silang mempunyai jumlah lapisan lamina yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh. Sinonim papan lapis buluh. |
ply | lembar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan bahan yang telah digabungkan dengan lapisan lain untuk memberikan kekuatan. Biasanya digunakan untuk lapisan kain, kayu atau serat. Kebanyakan yarn memiliki bahan yang berlapis, atau dilipat, iaitu benang yang terdiri daripada dua atau lebih benang yang dipintal bersama. |
nanotube | nanotiub | Fizik | Nanoteknologi | Struktur molekul berskala nanometer berbentuk seperti tiub atau silinder. Terdapat pelbagai jenis nanotiub, antaranya ialah nanotiub karbon, nanotiub inorganik, nanotiub DNA, dan nanotiub membran. Nanotiub mempunyai sifat elektronik, terma dan struktur yang lebar bergantung pada diameter, panjang dan liukan. Nanotiub dapat wujud dalam bentuk dinding tunggal atau dinding berlapis-lapis atau silinder di dalam silinder. Antara penggunaan nanotiub ialah penyimpanan data berkapasiti tinggi, peranti elektronik berskala nano dan sel suria. Lihat juga nanotiub karbon. |