cadence | kadens | Sains Sukan | Biomekanik | Kekerapan langkah semasa berjalan atau berlari yang ditentukan mengikut jangka masa. |
bipedal | bipedal | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan pergerakan yang menggunakan kedua-dua belah kaki seperti berjalan atau berlari. |
gross motor skills | kemahiran motor kasar | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring. |
motor skill | kemahiran motor | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran dalam pergerakan tubuh badan, yang diperoleh secara semula jadi atau dipelajari supaya boleh dilakukan dengan cekap dan berkesan. Contohnya, kemahiran motor kanak-kanak seperti berjalan atau berlari yang berkembang secara semula jadi, manakala kemahiran dalam sukan seperti servis tenis dan lari berpagar yang memerlukan proses pembelajaran dan latihan. |
high intensity interval training (HIIT) | latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT) | Sukan | Tiada | Senaman dalam masa singkat yang disusuli dengan pemulihan dalam masa singkat untuk mengembalikan kadar denyutan jantung yang normal. Contohnya, seperti berbasikal dan berlari pecut. |
affordance | kebolehmampuan | Sains Sukan | Biomekanik | Keterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari. |
acquired anomaly | anomali perolehan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri pada organisma yang berkembang semasa hayatnya. Anomali perolehan tidak terdapat dalam DNA, maka ciri ini tidak boleh diwarisi, tetapi terhasil daripada pengaruh persekitaran. Contoh anomali perolehan adalah seperti kalus pada jari, saiz otot kaki yang besar disebabkan kekerapan berlari, perubahan pada fungsi organ akibat tidak digunakan atau kemalangan. Kelakuan yang membantu organisma hidup juga dianggap sebagai anomali perolehan. Contohnya, keupayaan menyembunyikan diri daripada pemangsa. |