Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlayar

Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkayuh sambil bertimba.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
quatrainkuatrinKesusasteraanTiadaPuisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya.

Kembali ke atas