stylised acting | lakonan berlebih-lebihan | Kesusasteraan | Tiada | Lakonan yang berlebih-lebihan terutamanya dalam teater, makyung dan bangsawan. Lakonan ini biasanya terkeluar dariapda lakonan yang bersifat realistik. Lihat juga bangsawan, makyung. |
over writing | tulisan berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Kecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah. |
over reading | tafsiran berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Taksiran keterlaluan daripada pembaca melalui proses pembacaan. Pembacaan yang berlebih-lebihan khususnya dalam teks sastera mendorong pembaca atau pentafsir mencari makna yang tidak hadir dalam teks tersebut, atu berasaskan fantasinya semata-mata. Menurut pengkritik William Empson, unsur ketaksaan dalam teks yang dikaji secara keterlaluan boleh menjurus kepada tafsiran yang berlebih-lebihan ini. |
overact | lebih lakon | Kesusasteraan | Tiada | Beraksi berlebih-lebihan sehingga tidak baik jadinya. |
sentiment | sentimen | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu. |
hidrorrhea | hidrorea | Perubatan | Tiada | Perpeluhan yang berlebih-lebihan, yang disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu, atau penggunaan ubat-ubat tertentu. Sinonim: hiperhidrosis. |
hyperoxidation | hiperoksidasi | Perubatan | Tiada | Pengoksidaan yang berlebih-lebihan. |
hyperhidrosis | hiperhidrosis | Perubatan | Tiada | Perpeluhan yang berlebih-lebihan disebabkan oleh penyakit atau penggunaan ubat tertentu. |
hyperephidrosis | hiperefidrosis | Perubatan | Tiada | Perpeluhan yang berlebih-lebihan, disebabkan oleh penyakit atau penggunaan ubat tertentu. |
hypererethism | hipereretisme | Perubatan | Tiada | Iritabiliti yang berlebih-lebihan. |