Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.le.lua.sa] | برللواسا

Definisi : berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.le.lua.sa] | برللواسا

Definisi : berbuat sesuatu dgn bebas (sesuka hati): Penyamun ~ di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berleluasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extensive state practiceamalan negara berleluasaUndang-undangTiadaTiada
Gothic artseni GothKesenianTiadaGaya dalam kesenian yang berleluasa di Eropah dari pertengahan abad kedua belas dan wujud selama tiga abad berikutnya.
aerosolaerosolBiologiEkologiAmpaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara. Pada amnya kehadiran aerosol di udara disebabkan oleh penggunaan racun perosak semburan yang berleluasa; keadaan ini mencemari udara serta boleh mengakibatkan penyakit pernafasan, dan barah.
uncontrolled grazingragutan tak terkawalVeterinarTiadaKaedah ragutan dengan meletakkan ternakan dibiarkan meragut dalam sesuatu padang ragut dan tidak ditetapkan tempohnya. Jika bekalan rumput terhad atau dalam keadaan ragutan lampau, ternakan akan meragut hingga ke bahagian pangkal dan menyebabkan pertumbuhan semula menjadi lambat. Keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan rumpai liar yang tidak digemari ternakan hidup berleluasa. Dalam keadaan ini, ternakan berkemungkinan tidak mendapat makanan yang mencukupi. Dalam sesetengah keadaan, kawasan ragutan boleh menjadi gondol dan hakisan tanah akan berlaku.
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.
League of NationsLiga BangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
greenhouse gasesgas rumah hijauPertanianAgroteknologiGas yang dilepaskan ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Contoh gas yang banyak dilepaskan ke atmosfera ialah karbon dioksida melalui aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, dan tindak balas kimia seperti industri pembuatan simen. Gas lain yang turut dilepaskan ialah metana melalui aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal. Selain itu, gas-gas lain seperti klorofluorokarbon dan nitrogen oksida juga merupakan gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau secara berleluasa ke atmosfera akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau seperti peningkatan suhu dunia, kenaikan aras laut, daratan yang rendah ditenggelami air, dan berlaku juga penurunan hasil pertanian dan penternakan kerana kurang fotosintesis apabila tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Kembali ke atas