Licensed Surveyor | Juruukur Berlesen | Geografi | Tiada | Tiada |
Licensed Surveyor | Juruukur Berlesen | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
guiding | pemanduan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti yang dilakukan oleh pemandu pelancong berlesen untuk mengiringi pelancong semasa lawatan, seperti pemberian taklimat mengenai sesuatu tempat tarikan pelancong. |
care partner | rakan sepenjagaan | Perubatan | Tiada | Individu yang membantu jururawat berlesen menjaga pesakit berkaitan hal-hal penjagaan kesihatan. |
nuclear installation | pepasangan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif. |
healthcare provider | penyedia jagaan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat. |
contract manufacturing | pembuatan kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan pengilang kontrak berlesen untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk herba. Pengilang kontrak perlu mempunyai premis, kelengkapan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik. Pembuatan produk herba perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Sinonim pengilangan kontrak. |
food cart | pedati makanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kenderaan yang diubah suai untuk memasak atau menjual makanan, bergerak di kawasan tertentu dan berlesen. |
food truck | trak makanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kenderaan yang diubah suai untuk memasak atau menjual makanan, bergerak di kawasan tertentu, dan berlesen. |
license creative commons (CC) | lesen kreatif terbuka (CC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta. |