Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
a temporarily suspended playerpemain gantung sementaraSukanTiadaPemain yang tidak dibenarkan bermain dalam tempoh tertentu setelah mendapat isyarat kad kuning daripada pengadil kerana bermain kasar, bermain secara bahaya, salah laku, atau kesalahan yang disengajakan.
debarred from playingdicegah bermainSukanTiadaTidak dibenarkan bermain kerana menggunakan peralatan yang tidak mengikut peraturan.
attempting to playusaha bermainSukanTiadaPerihal menampakkan usaha untuk cuba bermain.
étudeétudeMuzikTiada

 Karya latihan teknik bermain yang merdu dan berlirik yang diperkenalkan pada Zaman Romantik. Setiap karya menyentuh teknik bermain tertentu seperti corak ritma triplet bertentangan dengan duplet secara serentak dan oktaf berturutan dalam tempo rancak.  Étude sesuai untuk dipersembahkan dalam resital. Contohnya, 12 Études d'exécution transcendante (1851) oleh Liszt, 12 Études, Op. 10 (1829-1832) dan 12 Études, Op. 25 (1832-1836) oleh Chopin.

 

play and companybermain dan berkawanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
playing timemasa bermain (Bola Keranjang)SukanTiadaTiada
lamentosolamentosoMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk bermain dengan tempo yang lebih lambat. Pemuzik biasanya bermain dengan perasaan yang dukacita dan mengeluh.

pizzicato (It)pizzicatoKesenianTiadaBermain alat gesek dengan cara petikan.
gescleift (G)bersambungKesenianTiadaBermain cara legato.
veloce (It)veloceKesenianTiadaArahan bermain muzik tanpa gangguan pada kecepatannya.
12345678910...

Kembali ke atas