Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.maÖ.na]/[ber.ma/.na] | برمعنا

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistencyketegaraninsuransTiadaPengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan.
homographhomografKesusasteraanPuisiPenerapan dan penyebutan kata dalam sesuatu rangkap. Lazimnya sesuatu kata mempunyai sesuatu ejaan yang sama namun berbeza erti. Contohnya, dalam ayat 'dia tidak tahu menangkap tahu'. Dalam konteks tahu yang pertama bermakna faham dan yang kedua bermakna sejenis burung.
patternpolaKesusasteraanPuisiPola bermakna sifat-sifat atau ciri-ciri khusus yang terdapat pada puisi tradisional mahupun moden yang menentukannya bentuk puisi tersebut seperti pantun, syair, teromba, seloka dan sebagainya. Umpamanya puisi tradisional khususnya bentuk pantun empat kerat yang mempunyai pola rima hujungnya a b a b, manakala syair mempunyai pola yang tetap iaitu a a a a.
alaliaalaliaSains KesihatanTiadaKetidakupayaan individu menghasilkan perkataan yang bermakna disebabkan kerosakan alat artikulasi luaran.
verbigerationverbigerasiPerubatanPsikiatriPengulangan perkataan atau frasa yang tidak bermakna.
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�.
signature plateplat pengenalan; plat tandatanganPerniagaanTiada1. Lambang atau simbol bermakna yang digunakan dalam tulisan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan. 2. Cap atau plat yang terterap tandatangan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan atau cenderamata.
user experience designreka bentuk pengalaman pengguna-TiadaReka bentuk produk atau perkhidmatan yang dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pengguna.
kit'ahkit'ahKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua.
imitationpeniruanKesusasteraanPuisiProses penciptaan puisi yang mencitrakan sesuatu imej berhubung dengan alam atau sesuatu objek. Ini bermakna setiap citraan yang dapat dikesan oleh pembaca dalam sesuatu diksi, rangkai kata ataupun ayat itu ada rujukan atau hipogramnya yang sebenar, bukannya semata-mata ilusinya. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Kampung Talang" ataupun "Balada Gadis Tani". Walau bagaimanapun citraan yang berupa tiruan alam dalam puisi "Kampung Talang" itu bukanlah benar� benar sama dengan segala yang ada di kampung itu.
12345

Kembali ke atas