beneficial interest | kepentingan bermanfaat | insurans | Tiada | Kepentingan yang timbul daripada sesuatu polisi insurans. |
beneficial plant | tumbuhan bermanfaat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
effective microorganism | mikroorganisma bermanfaat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
beneficial fungus | kulat bermanfaat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
beneficial insect | serangga bermanfaat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
beneficial organism | organisma bermanfaat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
web harvesting | penuaian web | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses pengumpulan/pengekstrakan data daripada pelbagai sumber laman web. Data yang diekstrak kemudiannya dieksport dalam format yang bermanfaat kepada pengguna, biasanya untuk tujuan analisis. Walaupun proses ini boleh dilakukan secara manual, kebanyakannya dilakukan oleh alat perisian khusus. |
ethnobotany | etnobotani | Herba | Pemiawaian | Bidang kajian tentang tumbuhan yang digunakan secara tradisi dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu, khususnya untuk merawat sebarang penyakit. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Sebagai contoh, pokok hempedu bumi (Andrographis paniculata) boleh digunakan untuk merawat demam. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |