Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mat.la.mat.kan] | برمتلامتکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermatlamatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amalgamationpenggabunganSains PolitikPolitik PerbandinganPenyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan.
cooptationpilih lantikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi.

Kembali ke atas