cabinet | kabinet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara. |
meeting | mesyuarat | Undang-undang | Tiada | Persidangan Majlis yang bermula dari majlis bermesyuarat pada kali pertama selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa dan yang terakhir apabila Majlis ditanggungkan selama lebih daripada 14 hari atau dengan tidak ditentukan tarikh mesyuarat atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen. |
session | penggal | Undang-undang | Tiada | Persidangan Majlis yang bermula dari permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas dihentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa dan yang berakhir apabila Parlimen dihentikan atau dibubarkan dengan tidak dihentikan terlebih dahulu. |
Serjeant-at-Arms | Bentara Mesyuarat | Undang-undang | Tiada | Pegawai yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman sementara badan perundangan bermesyuarat. |
club | kelawar (terup) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kelab: Perkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya mempunyai minat dan kepentingan yang sama.,2. Kelab: Bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul, bermesyuarat dan sebagainya. |
political executive | eksekutif politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri. |