poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
zombie learner | pelajar zombi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran. |
retailtainment | runcit hibur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penggunaan suasana, emosi, bunyi, hiburan dan aktiviti untuk mendapatkan pelanggan yang berminat membeli barangan yang dijual. |
thirst trap | jebak rasa | Umum | Tiada | Tindakan seseorang memuat naik gambar di media sosial yang bertujuan untuk menarik perhatian atau membuat orang yang melihatnya berminat secara seksual. |
parochial | parokial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit. |
genetic drift | hanyutan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka. |
impresionism | impresionisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf. |