acanthus | akantus | Kesenian | Seni Bina | Hiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan pada dinding dan perabot. |
acanthus | akantus | Kesenian | Seni Reka Perindustrian | Hiasan yang bermotifkan daun, biasanya dibuat pada perabot atau tiang. |
festoon | festun | Kesenian | Tiada | 2.Ukiran atau corak pada perabot yang bermotifkan kalungan bunga dan daun. |
Altimira cave drawing | lukisan gua Altimira | Kesenian | Tiada | Lukisan purbakala yang bermotifkan haiwan di gua Altimera. |
Keris Madura | Keris Madura | Keris | Tiada | Keris yang berasal dad Madura dan mempunyai hulu yang berkerawang bermotifkan bunga-bunga yang halus. (Rujuk Rajah 30) |
kas | kas | Kesenian | Tiada | Almari besar yang mempunyai dua daun pintu, birai hias dan panel hias yang bermotifkan bunga. |
arabesque (F) | arabesque | Kesenian | Tiada | 1. Corak, gaya lukisan atau ukiran yang berasal dari negeri Arab yang bermotifkan bentuk tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok. |
bunga pecah lapan | bunga pecah lapan | Kesenian | Tiada | Motif tenunan dan tembikar berunsur kosmos berbentuk hampir sama dengan bunga bintang beralih tetapi di bahagian tengah bermotifkan tanda campur. |
allegory | alegori | Kesenian | Seni Bina | Luahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen. |
Art Deco | Art Deco | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni yang bermula dari tahun 1920-an yang diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan bahan sintetik seperti plastik. Gaya seni ini bermotifkan corak geometri dan menggunakan warna terang dan jelas. Gaya Art Deco dianggap sebagai gaya yang berwawasan dan termasuk dalam gaya moden. Contoh bangunan yang bercirikan gaya Art Deco ialah puncak menara bangunan Chrysler, yang dibina antara tahun 1928-1930. Di Malaysia, contoh bangunan yang mempunyai ciri Art Deco ialah Bangunan Institute Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. |