Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.ti.va.si] | برموتيۏاسي

Definisi : mempunyai motivasi, ada moti­vasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermotivasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motivated forgettinglupaan bermotivasiPsikologiTiadaTiada
motivational presentationpersembahan bermotivasiKesenianTiadaTiada
Expectancy TheoryTeori JangkaanPengurusanPerancanganTeori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang.
drive-reduction theoryteori pengurangan-doronganPsikologiPsikologi UmumTeori yang mengandaikan bahawa semua tingkah laku bermotivasi adalah berpunca daripada dorongan dan respons yang memenuhi tuntutan dorongan tersebut untuk diperteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila sesuatu rangsangan diikuti dengan pengurangan dorongan yang wujud apabila matlamat dorongan dicapai. Contohnya, kekurangan makanan boleh mengakibatkan rasa lapar yang akan menimbulkan suatu keadaan dorongan. Organisma atau individu tersebut akan berusaha untuk mengurangi dorongan itu dengan melakukan sesuatu, iaitu mencari makanan untuk memenuhi keperluannya. Teori pengurangan-dorongan ini diaplikasikan dalam kebanyakan teori pembelajaran anjuran Hull dan Thorndike. Dalam teori pelaziman klasik, prosedurnya banyak melibatkan teori ini.
motivationmotivasiPsikologiPsikologi UmumProses dinamik dalaman yang memulakan, mengekalkan dan mengarahkan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bermotivasi biasanya bermula dengan keperluan atau kekurangan dalaman. Keadaan ini akan menimbulkan dorongan yang menggerakkan sesuatu langkah atau siri tindakan untuk mencapai matlamat. Individu akan merasa puas apabila sesuatu matlamat telah tercapai. Terdapat tiga jenis motivasi, iaitu motivasi primer, motivasi stimulus dan motivasi sekunder. Motivasi primer adalah berdasarkan kepada keperluan biologi yang perlu dipenuhi untuk kemandirian. Contohnya, seorang yang lapar atau dahaga didorong oleh motivasi primer. Demikian juga keperluan kepada udara, tidur, perkumuhan, pembuangan najis, pengaturan suhu badan dan mengelakkan rangsangan aversif yang didorong oleh motivasi ini. Motivasi stimulus bergantung pada keperluan untuk mendapatkan rangsangan dan maklumat seperti ingin tahu, penjelajahan, manipulasi dan sentuhan fizikal. Motivasi sekunder pula merupakan keperluan yang dipelajari seperti keperluan untuk membina laman web, mencipta muzik atau bermain golf. Kebanyakan motivasi ini dikaitkan dengan keperluan kepada pengiktirafan, kuasa, jaminan keselamatan dan pencapaian.
drive theoryteori doronganPsikologiPsikologi UmumTeori yang menyatakan bahawa sebarang kekurangan akan mendorong haiwan atau individu untuk bertindak. Dorongan akan mengaktifkan gerak balas sama ada satu atau lebih tindakan yang direka untuk mencapai satu-satu matlamat (sasaran daripada tingkah laku bermotivasi). Menurut Hull, kekurangan biologi seperti kekurangan makanan akan menghasilkan dorongan untuk mencari makanan. Setiap dorongan ini pula dikaitkan dengan rangsangan tertentu. Contohnya, pedih perut biasanya akan diikuti dengan rasa lapar, atau kekeringan pada mulut, bibir dan kerongkong akan diikuti dengan rasa dahaga.
autocratic leaderpemimpin autokratikPengurusanPerancanganSeseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi.
leadership stylegaya kepemimpinanPentadbiranTiada

Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempengaruhi pengurusan organisasi, pembuatan keputusan, perubahan terancang dan kaedah pembangunan. Gaya kepemimpinan juga dapat melambangkan sifat keterbukaan atau penguasaan pemimpin terhadap organisasinya.

Kembali ke atas