motorcoach tour | lawatan koc bermotor | Pelancongan | Tiada | Lawatan melalui perjalanan darat dengan menaiki kenderaan bermotor sepanjang masa. |
motor vehicle theft | curi kenderaan bermotor | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah harta benda yang melibatkan kecurian atau percubaan mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian kenderaan tersebut. |
motor trade | perdagangan motor | insurans | Tiada | Proses membeli dan menjual kenderaan bermotor. |
hypermiling | penjimatan bahan api | Pengangkutan | Tiada | Cara untuk memaksimumkan penjimatan bahan api sebuah kenderaan bermotor, terutamanya melalui teknik pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. |
auto vehicle theft | curi kenderaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah harta benda yang melibatkan tindakan mencuri kenderaan bermotor milik orang lain. Antara motif jenayah ini adalah untuk mengaut keuntungan, memilikinya untuk kegunaan sendiri atau melakukan jenayah lanjutan. |
congestion pricing | bayaran kesesakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna kenderaan bermotor yang memasuki kawasan dalam sesebuah bandar untuk mengawal jumlah kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan. |
bus lane | lorong bas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Laluan khas untuk bas yang memisahkannya daripada pejalan kaki dan kenderaan bermotor lain. |
personal liability insurance | insurans liabiliti diri | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi liabiliti seseorang terhadap pihak ketiga bagi kecederaan atau kerosakan akibat kelalaian selain daripada yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan bermotor. |
passenger liabiliy | liabiliti penumpang | insurans | Tiada | Amaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun. |