Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carcinomakarsinomaHerbaFitoterapiTumor malignan yang bermula dari lapisan sel epitelium.
foetusfetusKejururawatanTiadaJanin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran.
alimentary canalkanal alimentariKejururawatanTiadaTrek gastrointestin yang bermula dari mulut ke anus.
labourpelahiranKejururawatanTiadaProses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran.
intraoperative phasefasa antara pembedahanKejururawatanTiadaTempoh pembedahan yang bermula dari pesakit masuk ke dewan bedah sehingga dipindahkan ke bilik pemulihan.
actual flying timemasa terbang sebenarPelanconganTiadaMasa yang dikira bermula dari kapal terbang meninggalkan terminal sehingga tiba dan berhenti di terminal destinasi. Masa terbang sebenar tidak termasuk waktu persinggahan.
benthic zonezon bentikSains MarinTiadaKawasan dasar laut yang bermula dari garis pantai, iaitu di kawasan air pasang surut sehingga kawasan laut dalam. Organisma yang mendiami persekitaran bentik dinamakan bentos. Lihat juga bentos.
pelagicpelagikSains MarinTiadaBerkaitan dengan turus air di lautan yang bermula dari permukaan hingga hampir ke dasar lautan. Kawasan pelagik dapat dibahagikan kepada zon tertentu bergantung pada kedalaman. Contoh kawasan pelagik yang menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon fotik sementara kawasan di bawahnya yang langsung tidak menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon afotik.
primary circuitlitar primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar dalam sistem pencucuh yang bermula dari bateri, suis, gelung primer, titik sentuh, hingga ke pemuat.
secondary circuitlitar sekunderKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar dalam sistem pencucuh yang bermula dari gelung sekunder, gelung pencucuh, pengagih pencucuh, kabel tekanan tinggi hingga ke palam pencucuh.
1234

Kembali ke atas