seasonal risk | risiko bermusim | insurans | Tiada | 1. Risiko yang wujud dalam tempoh terhad pada sesuatu tahun. 2. Harta yang digunakan dan diinsuranskan untuk beberapa tempoh tertentu dalam setahun. |
seasonal pattern | pola bermusim | Pelancongan | Tiada | Kecenderungan permintaan terhadap sesuatu perkhidmatan pelancongan mengikut musim tertentu seperti cuti sekolah, perayaan dan hujung minggu. |
seasonal occupation | penghunian bermusim | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
semen seasonal variation | kelainan bermusim semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kualiti semen berbeza-beza mengikut musim. Kualiti semen lebih tinggi semasa musim mengawan berbanding dengan bukan musim mengawan. |
ephemeral erosion | hakisan efemeral | Herba | Tiada | Sejenis hakisan yang menyebabkan tanah ladang herba menjadi haus akibat aliran air dan membentuk alur sementara atau bermusim. Alur hakisan efemeral lebih lebar, dalam dan panjang daripada alur hakisan gegalur, tetapi lebih cetek dan kecil daripada alur hakisan galur. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
calving pattern | pola beranak (bovin) | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Corak kekerapan beranak bagi seekor lembu betina yang menjadi petunjuk kepada kesuburannya. Pola beranak sekumpulan lembu merujuk kepada senarai kronologi tarikh kelahiran. Kelahiran bermusim yang padat pada sekumpulan lembu menunjukkan tahap kesuburan lembu yang tinggi. |