prone positioning | peniarapan | Perubatan | Tiada | Teknik meletakkan pesakit yang mengalami kesukaran bernafas dalam posisi telungkup untuk membantu mereka bernafas dengan lebih baik. Peniarapan biasanya dilakukan ke atas pesakit yang diberikan sedatif kerana memerlukan bantuan mesin pernafasan atau ventilator dan juga ke atas pesakit COVID-19 yang sedar. |
asphyxia | asfiksia | Herba | Fitoterapi | Kesukaran bernafas yang disebabkan oleh saluran pernafasan yang terhalang. |
dyspnoea | dispnea | Herba | Fitoterapi | Kesukaran bernafas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti asma, sesak di dada atau pencemaran udara. |
nasal flaring | kembang hidung | Kejururawatan | Tiada | Kembang kuncup hidung semasa bernafas yang disebabkan oleh sekatan di saluran pernafasan. |
inspired air | udara inspirasi | Kejururawatan | Tiada | Udara yang disedut semasa bernafas. |
spirometer | spirometer | Biologi | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengukur isi padu udara yang disedut dan dikeluarkan semasa bernafas. Dikenali juga respirometer, ventilometer, pneumometer, pneumotometer, pulmometer. |
inspirometer | inspirometer | Kejururawatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menyukat jumlah udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas. |
happy hypoxia | hipoksia buni | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan kekurangan bekalan oksigen dalam sel tubuh individu tanpa menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam tubuh adalah rendah. Keadaan ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana tidak dikesan dan dirawat lebih awal. |
Cheyne-Stokes breathing | pernafasan Cheyne-Stokes | Kejururawatan | Tiada | Pernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat. |
pneumothorax | pneumotoraks | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran udara di dalam kaviti pleura yang mungkin disebabkan oleh lepuh, penyakit sekatan kronik pulmonari (COPD), atau kepatahan tulang rusuk. Ciri klinikalnya adalah sukar bernafas, sakit pada bahagian dada semasa menarik nafas dan sianosis. |