Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.pe.ra.si]/[ber.o.pe.ra.si] | براوڤراسي

Definisi : 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idle solenoidsolenoid pelahuKejuruteraan AutomotifEnjinPelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan.
airport hotelhotel lapangan terbangPelanconganTiadaHotel yang beroperasi di dalam kawasan lapangan terbang.
automated reservation systemsistem tempahan automatikPelanconganTiadaSistem yang beroperasi secara automatik untuk sebarang tempahan perkhidmatan, seperti e-tiket. Sinonim customer-activated ticketing.
engine performanceprestasi enjinKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin.
pop-up storekedai munculanPentadbiranTiadaKedai sementara yang beroperasi dalam tempoh masa yang singkat.
diesel engineenjin dieselKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnjin yang beroperasi menurut kitaran empat lejang menggunakan bahan api diesel.
electrochemical deviceperanti elektrokimiaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang beroperasi menurut prinsip elektrik dan kimia.
hornhonKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti isyarat bunyi yang beroperasi menurut prinsip elektromagnet.
idle solenoidsolenoid melahuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelocok yang beroperasi secara elektrik, yang digunakan untuk menentukan kedudukan awal pendikit pada laju melahu.
magnetic clutchcekam magnetKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang beroperasi secara magnet, yang digunakan untuk mencekam dan melepaskan sesuatu alat, seperti pemampat penyaman udara atau pengecas lampau.
1234567

Kembali ke atas