action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perkara yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap pihak lain untuk mencapai tujuan tertentu. Perlakuan yang berorientasikan tindakan ialah bentuk komunikasi yang dilakukan untuk mengubah atau mengekalkan tingkah laku sesuatu pihak lain. Dalam sesuatu tindakan tersirat sesebuah negara, terdapat isyarat tertentu seperti dasar berkecuali yang tidak berpihak kepada kuasa besar dunia. Orientasi tindakan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti propaganda, janji untuk bantuan luar negeri, mempamerkan kekuatan ketenteraan, menggunakan undi pembatal dan mengeluarkan amaran dalam nota diplomatik. |
object-oriented programming | pengaturcaraan berorientasikan objek | Teknologi Maklumat | Perisian | Paradigma pengaturcaraan yang menggunakan objek dan interaksinya bagi mereka bentuk aplikasi dan atur cara komputer. Teknik pengaturcaraan ini melibatkan ciri-ciri seperti pengkapsulan, kemodulatan, polimorfisme dan warisan. Pengaturcaraan berorientasikan objek berbeza dengan paradigma lama yang melihat atur cara sebagai kumpulan tugas yang dibuat sebagai subatur cara. Dalam pengaturcaraan ini, setiap objek berupaya menerima mesej, memproses data dan menghantar mesej kepada objek lain. Teknik pengaturcaraan berorientasikan objek banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi perisian. Teknik ini banyak digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden seperti Java dan C++. |
goal orientation | orientasi matlamat | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan pengurusan sesebuah organisasi yang berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan berorientasikan matlamat menumpukan kecekapan penggunaan sumber ke arah mencapai hasil yang disasarkan. Pengukuran keberkesanan pendekatan berorientasikan matlamat adalah setakat mana hasil atau objektif organisasi berjaya dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan. |
inheritance | warisan | Teknologi Maklumat | Perisian | Konsep pengaturcaraan berorientasikan objek yang membolehkan sesuatu kelas mewarisi sebahagian atau kesemua kaedah kelas dan sifat kelas yang lain. Warisan ini membenarkan satu kelas mempunyai tingkah laku yang sama dengan kelas yang lain dan melanjutkan tingkah laku tersebut bagi menyediakan satu tindakan untuk keperluan tertentu. Konsep ini merupakan salah satu konsep asas pengaturcaraan berorientasikan objek. |
market oriented | berorientasikan pasaran | Geografi | Tiada | Tiada |
action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
ticket-oriented | berorientasikan tiket | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem perlindungan kandungan komputer yang melibatkan penepatan suatu siri bit yang unik dan kekal yang dinamakan tiket pada setiap objek dalam komputer yang dibenarkan untuk dicapai oleh sesuatu subjek. Contoh subjek ialah pengguna dan proses, manakala objek ialah data, fail, perkakasan, peranti, dan ruang penyimpanan. |
activity-oriented network | rangkaian berorientasikan kegiatan | Matematik | Tiada | Tiada |
task-oriented approach | pendekatan berorientasikan tugas | Pendidikan | Tiada | Tiada |
task-oriented programme | program berorientasikan tugas | Pendidikan | Tiada | Tiada |