Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fair market valuenilai pasaran berpatutanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
fair wear and tearhaus dan lusuh berpatutanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
extra expense insuranceinsurans belanja tambahaninsuransTiadaPembayaran balik kepada insured atas belanja tambahan berpatutan yang ditanggung untuk meneruskan operasi sesebuah perniagaan apabila harta ditetapkan telah rosak akibat peril yang dilindungi oleh kontrak. Insurans ini biasanya digunakan oleh peniaga apabila penerusan operasi, tanpa mengambil kira perbelanjaan, adalah perlu. Contoh: kedai dobi, bank atau lain-lain bidang perkhidmatan.
antitrustantipakatanEkonomiTiadaDasar atau perundangan yang digubal untuk menghalang amalan monopoli atau kewujudan kuasa monopoli, dan sebaliknya menggalakkan persaingan dalam perniagaan. Antipakatan bertujuan melindungi pengguna supaya harga yang wujud menggambarkan harga pasaran yang berpatutan.
casual dining restaurantrestoran hidangan kasualPentadbiran PerniagaanTiadaRestoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan.
reduced paid-up insuranceinsurans berbayar terkuranginsuransTiadaInsurans yang ditawarkan sebagai satu pilihan dalam faedah tidak lucut hak. Insurans ini memperuntukkan nilai tunai polisi yang digunakan sebagai premium tunggal untuk memiliki insurans berbayar yang berpatutan tetapi kurang daripada jumlah muka asal dalam kebanyakan kes.
casual dininghidangan kasualPentadbiran PerniagaanTiadaBerkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
macroeconomic policydasar makroekonomiEkonomiTiadaDasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki.

Kembali ke atas