role reversal | saling ganti peranan | Sains Kesihatan | Tiada | Teknik terapi yang melibatkan ahli patologi pertuturan berperanan sebagai pesakit dan pesakit pula berperanan sebagai pakar terapi. |
actuator | aktuator | Fizik | Nanoteknologi | Peranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot. |
praetor | praetoria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam. |
carmen | karmen | Kesusasteraan | Puisi | Baris pertama puisi berperanan sebagai pembayang yang mengandungi nada sindiran. Contohnya, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Puisi | Paduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat. |
motif | motif | Muzik | Tiada | Melodi atau ritma pendek yang berperanan sebagai satu unsur asas yang utama dalam sesuatu karya. Biasanya motif diperkembang, divariasikan, diubah suai atau diulang semula sepanjang karya. |
neutralizer muscle | otot peneutral | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang torknya berperanan membatalkan tork otot lain yang tidak diingini bagi membolehkan pergerakan yang dikehendaki sahaja dilakukan. |
tutelary state | negara pengasuh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang berperanan membimbing rejim asuhan ke arah pemerintahan yang lebih baik, demokratik atau maju. Hubungan ini tidak bersifat penjajahan tetapi lebih bersifat membantu tanpa ikatan kontraktual. Negara pengasuh biasanya memberikan sumbangan dari segi ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial kepada negara baharu ini. Negara bekas penjajah juga sering menjadi negara pengasuh kepada bekas tanah jajahannya. Contohnya, Great Britain menjadi negara pengasuh kepada Malaysia, India dan Sri Lanka. |
fear appeal | daya penarik takut | Pelancongan | Tiada | Unsur seram yang berperanan sebagai daya tarikan pelancong, seperti bilik penginapan berhantu dan tempat bersejarah yang menakutkan. |
zombie | zombi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya. |