political persecution | penzaliman politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Layanan secara tidak berperikemanusiaan atau tidak adil terhadap seseorang individu atau kumpulan kerana pegangan politik mereka. Contohnya, merekacipta kesalahan jenayah terhadap musuh politik untuk tujuan pendakwaan di mahkamah. |
non-refoulement | tiada penghantaran pulang paksa | Undang-undang | Tiada | Amalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan. |
non-refoulement | tiada penghantaran pulang paksa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Amalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan. |
democratic despotism | demokrasi fahaman kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi. |
civil liberties | kebebasan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan. |