graded bedding | perlapisan berperingkat | Sains Marin | Tiada | Perlapisan endapan yang setiap lapisannya menunjukkan perubahan saiz terarah yang progresif dan beransur-ansur daripada butiran kasar di bahagian dasar kepada butiran halus di bahagian atasnya. Kebiasaannya, lapisan ini melambangkan sekitaran endapan, iaitu pengurangan dalam pengangkutan tenaganya seiring dengan peredaran masa yang terhasil ketika aktiviti endapan atau proses pemendapan yang tinggi. |
fractional precipitation | pemendakan berperingkat | Kimia | Kimia Analisis | Proses pemisahan bahan-bahan secara pemendakan separa yang dilakukan berulang-ulang kali. |
progress payment | bayaran berperingkat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
stage race | lumba berperingkat | Sukan | Lumba Basikal | Pertandingan bertahap-tahap dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sinonim: tour |
decolonization | penyahjajahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini. |
dystrophy | distrofi | Herba | Fitoterapi | Pengecutan otot secara berperingkat disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat. |
depoliticization | penyahpolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia. |
assembly line | barisan pemasangan | Ekonomi | Tiada | Sistem pemasangan barangan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pengkhususan kerja. Pekerja di setiap peringkat menjalankan tugas masing-masing dan kemudian menyalurkan barang tersebut ke peringkat berikutnya sehingga barang tersebut sampai ke peringkat yang terakhir. |
decreasing term insurance | insurans sementara menyusut | insurans | Tiada | Insurans sementara yang faedah kematiannya berkurangan secara berperingkat, bermula daripada tarikh berkuat kuasa polisi sehingga ke tarikh penamatan polisi. |
herbal fractionation | pemfraksian herba | Herba | Tiada | Proses pemisahan bahan herba kepada komponen tertentu melalui penyulingan berperingkat, pemfraksian berdasarkan kepolaran pelarut atau penghabluran. |