Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.per.lem.ba.ga.an] | برڤرلمباݢاءن

Definisi : mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berperlembagaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

constitutional democracydemokrasi berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam perlembagaan. Secara umumnya, proses pemerintahan dalam sistem ini dibahagikan kepada tiga institusi yang utama iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. Setiap satu institusi mempunyai bidang tugas dan skop pentadbiran yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Dalam menjalankan fungsi masmg-masing, ketiga-tiga institusi ini mesti berpandukan kepada peraturan dan bidang kuasa yang telah termaktub dalam perlembagaan tersebut. Sebarang tugas atau pentadbiran yang bertentangan dengan perlembagaan dilihat sebagai menyalahi peraturan. Sementara itu, penyertaan, kebebasan dan persaingan politik juga perlu berpandukan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara tersebut. Contoh negara demokrasi berperlembagaan ialah Malaysia, New Zealand, Australia dan Denmark.
constitutionalberperlembagaan; konstitusiPerubatanTiadaKonstitusi: Berkenaan dengan keadaan dan perawakan.
constitutionalberperlembagaanSains PolitikTiadaTiada
constitutionalberperlembagaanUndang-undangTiadaTiada
constitutional democracydemokrasi berperlembagaanSains PolitikTiadaTiada
constitutional powerkuasa berperlembagaanSains PolitikTiadaTiada
constitutional authoritarianismautoritarianisme berperlembagaanSains PolitikTiadaTiada
constitutional monarchraja berperlembagaanUndang-undangTiadaTiada
constitutional governmentkerajaan berperlembagaanSejarahTiadaBentuk pemerintahan yang berlandaskan perlembagaan yang membentuk peraturan serta undang-undang sesebuah negara atau sebarang entiti politik yang menentukan kuasa dan tugas pemerintah terhadap rakyat.
1234

Kembali ke atas