Velcro | Velcro | Kesenian | Tiada | Jenama untuk kancing yang menggunakan sepasang pita nilon. Salah satu daripada pita itu berpermukaan pail gelung halus manakala yang satu lagi berpermukaan bersirat. Digunakan dengan cara menindihkan permukaan pail gelung ke atas permukaan bersirat. Biasanya terdapat pada pakaian kanak-kanak, pakaian sukan dan sepatu. Asalnya digunakan pada pakaian angkasawan. |
aerofoil | aerofoil | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Struktur berpermukaan melengkung yang direka bentuk untuk memberikan daya angkat bagi pesawat udara. Contohnya, sayap dan ekor pesawat udara. |
blade | bilah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Komponen berpermukaan rata atau melengkung yang dipasang di sekeliling hab untuk membentuk sebuah pendesak yang dipaksa bergerak atau berputar pada satu paksi tetap. Komponen ini berfungsi memindahkan tenaga kinetik daripada aci kepada aliran bendalir di dalam pam dan memindahkan tenaga kinetik aliran kepada aci di dalam turbin. |
vane | ram | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Komponen berpermukaan melengkung yang tidak bergerak. Komponen ini berfungsi menukar arah permukaan aliran bendalir. Komponen ini juga digunakan untuk mengurangkan gelora dan kehilangan tenaga aliran bendalir. |
tray | ceper; bakul dulang | Perubatan | Tiada | Bekas berpermukaan mendatar untuk mengisi atau membawa bahan atau objek misalnya bahan impresi. |
tracing desk | meja surih | Landskap | Tiada | Meja yang berpermukaan kaca dan dilengkapi dengan lampu di bahagian bawah permukaannya. Meja ini digunakan untuk menekap pelan atau lukisan. |
hopsack (material) | hopsack (kain) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fabrik pakaian berpermukaan kasar ditenum longgar daripada berbagai-bagai gentian. |
cotton crepe | fabrik kapas krep | Kesenian | Tiada | Fabrik kapas berpermukaan kisut/krep yang diperbuat daripada yarn pintalan krep. |
bathrobe cloth | kain jubah mandi | Kesenian | Tiada | Fabrik kapas berpermukaan dubel yang ditenun rapat dan mempunyai nap. Biasanya digunakan untuk membuat jubah mandi dan selimut bayi. |
tailor's ham | kusyen bujur | Kesenian | Tiada | Kusyen bujur berpermukaan cembung yang digunakan untuk menekan bahagian pakaian yang melengkung. Contoh: lisu pemadan, pangkal lengan dan kelim garis puteri. |